BIPOLAR DISORDER - ADI -

"Assalamualaikum Hanan, saya nak share kisah saya sebagai pesakit Bipolar. Tapi tolong hide nama saya, Boleh tak?".

"Waalaikumsalam, boleh, identiti memang rahsia atas permintaan".
Enam tahun hidup dalam keadaaan depress setiap hari. Ia bukan kehidupan yang normal bagi orang kebanyakan.
Pemuda ini memilih untuk bertahan dengan tekanan selama itu, hanya kerana ingin mempertahankan perkahwinannya.
Namun panas tidak sampai ke petang, hujan turun di tengah jalan. Rupanya isteri curang dengan lelaki lain.
Pada tahun 2015 akhirnya dia disahkan menghidap Bipolar Disorder. Ia berpunca dari tragedi penceraian yang berlaku antara Adi (nama samaran) dengan bekas isteri pertama.
"Aku tak boleh terima bila penceraian tu berlaku disebabkan orang ke tiga. Impak dari tu buat aku sentiasa tak tenteram, aku jadi trauma dengan kecurangan, rasa trauma yang sangat dalam".
"Selepas pada itu aku ditakdirkan berjodohan semula dengan isteri yang baru, dan kami meneruskan hidup bersama".
"Sekali lagi aku mendapat tekanan atas perkahwinan ke dua, isteri aku rupanya ada masalah gangguan emosi yang sangat teruk".
"Lima tahun aku bertahan demi anak anak, sepanjang usia perkahwinan aku tu, teruk aku kena preasure, hari hari aku sabar je".
"Isteri aku psiko Nan, dia pandai manipulate keadaan, aku dah macam hilang hak untuk bersuara, aku dah macam bukan ketua keluarga, aku tak tahu nak buat apa dah".
"Mana boleh tahan hari hari kena preasure, aku jadi memberontak dan manic, lima tahun tahun aku tahan tak boleh meluah apa apa tak boleh cakap apa apa".
"Paling aku sedih bila aku nak mula bincang atau slowtalk hati ke hati dengan dia, dia akan mula tinggi suara, ugut bukan bukan, sampai call polis call hospital, mengadu bukan bukan pasal aku, sampai rasa trauma nak berbual dengan dia".
"Aku terpaksa keluar masuk wad dan penjara disebabkan dia. Dia cakap aku tak normal".
"Segala aktiviti aku terpaksa hentikan termasuk jogging dan beribadah, sakit aku jadi bertambah teruk, aku bertambah stress".
"Aku langsung tak dapat support dari wife aku tu, aku tak kisah dia bukan seorang yang caring, aku just nak support je Nan, support untuk aku pulih".
"Tekanan demi tekanan aku dapat, dan paling aku sedih dia pun rupanya ada orang ketiga, hancur luluh hati aku Nan".
"Aku tekad berpisah dengan dia, aku bercerai untuk kali ke dua".
"Sepanjang dua tahun selepas tragedi tu berlaku, aku dah makin sihat. Semangat untuk kembali hidup normal semakin membuahkan hasil".
"Aku dah mula beriadah dan beribadat macam biasa, aku dah kembali rasa normal tanpa gangguan emosi dan mood swing yang teruk macam sebelum sebelum ni".
"Bila dah rasa sihat aku dah tak bergantung ubat, aku just pergi kaunseling je dengan pakar".
"Alhamdulillah aku ada kehidupan baru, dah dua tahun langsung takde keluar masuk wad dah".
"Tapi indahnya hanya bertahan dua tahun. Sekarang aku depress balik, sebab ex wife minta nak rujuk semula dan guna alasan anak anak".
"Hari hari aku depress sebab terpaksa hadap gangguan emosi yang dia buat".
"Aku masih tak boleh lupa apa yang dia buat dengan kekasih gelap dan scandal scandal dia, masa kitorang masih bersama dulu".
"Tapi aku tak boleh nak mengelak dari dia atas sebab anak anak, hak penjagaan penuh adalah pada dia".
"Kesihatan mental aku makin teruk dari hari ke sehari, aku nak cakap lebih lebih pun tak boleh sebab doktor sahkan dia ada anxiety".
"Aku kembali murung dan aku start makan ubat semula, semua aktiviti kesukaan, aku dah tak mampu nak buat".
"Lagi lagi time PKP ni aku tak kerja, preasure lagi kuat bila ex wife aku tu sekarang macam dah makin menjadi jadi perangainya. Kata katanya selalu menyakitkan hati aku"
"Dengan tanpa segan silunya dia siap mengaku memang masih ada scandal scandal di luar".
"Satu satu Allah tunjuk depan mata, sampai dia berani tunjuk kehidupan bebas dia, dengan lelaki lelaki lain".
"Aku harap sangat aku boleh bertahan dan sentiasa fikir positif walau pun hari hari aku tidak memberansangkan".
"Aku sekarang hidup bergantung ubat, dan ada kad OKU mental".
"Aku tak ada tempat nak mengadu Nan, nak bagitahu keluarga pun tak boleh sebab diorang pernah halang perkahwinan kami".
"Aku nak orang lain tahu yang segala kesakitan ini pasti ada jalan penyelesaiannya, banyak dekat kan diri dengan tuhan, Allah pasti bantu".
"Aku just minta Allah bagi aku kekuatan yang tinggi untuk pulih, ni dah masuk seminggu aku kembali imsomnia, tak boleh nak lelap langsung".
"PKPD ni lagilah tak boleh nak gerak ke mana pun, nak hijrah tempat lain untuk pulihkan emosi pun tak boleh".
"Aku harap kisah aku boleh jadi pengajaran dan pedoman untuk korang yang hadapi masalah macam ni, jangan putus harap dari Tuhan".
"Thanks Nan sudi dengar cerita aku".
Hidup ini penuh ranjau dan duri, setiap dari kita ada masalah yang tersendiri. Jangan judge orang kalau kita tidak berada dalam kasut mereka.
Semoga Adi dikurniakan kesihatan yang baik, dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dan diberi ketenangan hati yang mutlak.
Kalau korang ada pendapat atau nasihat untuk dipanjangkan kepada Adi, korang boleh tulis di ruang komen. Setiap komen akan dibaca oleh Adi. Beri kata semangat buat Adi agar dia lebih tenang menghadapi dugaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PTSD

BEANIES COFFEE - SHOPEE