PTSD

 Ambil iktibar dari cerita ni. Dalam banyak banyak jenis gangguan mental yang terjadi terhadap kanak kanak, kes pencabulan adalah antara kes yang paling terkesan di jiwa mangsa.

Contohnya di liwat, oral seks atau diperkosa. Ia paling terkesan bagi kanak kanak yang berumur 2-14 tahun.
Benda ni akan effect diri mangsa sehingga ke akhir hayat. Majority nya akan mengalami PTSD (post traumatic stress disorder).
Aku pernah jumpa seorang pesakit yang mengalami pengalaman hitam itu. Dia tunjuk parut dia selfharm di lengan, di perut, di leher, di keseluruhan pehanya. Aku terkedu tengok parut parut dia, sangat menakutkan. Kiri kanan perut di toreh. Luka yang paling dalam adalah kat nadi.
Dia pernah cuba putuskan urat nadi, tapi Ajal nya belum sampai. Dia pernah minum clorox, pencuci lantai dan overdose ubat tidur berpapan papan. Begitulah hidupnya dulu.
Tapi lepas dapat rawatan under Psikiatri. Dia sudah banyak berubah. Dia mengidap, Bipolar, PTSD dan anxiety.
Dulu masa kecik, hidup dia begitu miserable. Zaman keciknya tidak seindah orang lain.
Dia pernah menjadi mangsa cabul pakciknya sendiri. Dia bagitahu yang abang kepada ibu nya itu duduk sekali serumah sebab baru datang dari kampung, dan menumpang dahulu sementara dapat rumah sewa.
Pakcik dia ni pedophile. Dia selalu diajak tengok video lucah melibatkan adegan dewasa dan kanak kanak. Sampai lama lama dia sendiri pun terus lekat jadi addicted tengok porno.
Pakcik dia sangat pandai mengumpan dengan memberi jajan atau mainan. "Nak mainan tak? Ok cium dulu, nak coklat tak? Ok kiss sini dulu".
Dia akan main teka teki. Kononnya kalau salah jawab dia akan di denda, "haaa salah, meh cium sini. Pak su nya akan cium pipi, badan dan seluruh tubuhnya secara halus. Benda tu berulang ulang.
Dia biar je apa yang Pak Su tu buat. Dia tahu yang dia akan dapat upah jajan. Apalah yang mampu dia fikir, budak kecik.
Suatu hari dia dibawa ke kedai mainan, dia cakap nak apa, Pak Su beli. Bila dah dapat habuan mainan mahal.
Dia balik ke rumah dengan gembira tanpa mengetahui dia akan dbuat lauk untuk santapan Paksunya nanti. Rupanya malam itu dia di perkosa. Masa tu memang terukla. Kena macam macam. Sakit sangat.
Dua tahun dia jadi mangsa. Kalau tak bagi, dia ugut macam macam. Itupun setelah pakciknya pindah rumah lain. Dia bebas dari dunia neraka itu.
Bila dia dah besar dan mula tahu yang benda itu adalah salah. Dia rasa geli dengan dirinya sendiri. Bila mandi dia sental tubuh dia kuat kuat. Dia bayangkan dia cuci badan yang telah dinodai Pakciknya. Kadang kadang dia menjerit jerit secara tiba tiba. Kena panic attack. Tragik betul.
Bukan dia tak sayang diri dia, dia dapatkan rawatan, dia jaga hubungan dia dengan Tuhan. Cuma dia menjadi mangsa. Itu je.
Hati hatilah, perhatikan anak anak, jangan bagi mesra semacam dengan kaum lelaki termasuk lah bapa sendiri. Ini just reminder untuk kita semua.
Kalau kalian nak tahu, orang yang aku jumpa ni dalam lingkungan umur 40 tahun. Bayangkanlah dari kecik dia hidup begitu. Sampai ke sekarang.
Benda trauma ni jangan buat main. Kesianlah yang jadi mangsa tu. Buat kalian yang pernah tersakiti, harap kita semua sama sama kuat. Sila ambik tahu benda macam ni. Sebelum dia jadi lebih parah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BEANIES COFFEE - SHOPEE

BIPOLAR DISORDER - ADI -